Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutama dengan Internet sebagai
pemangkin, menyaksikan wujudnya persaingan dalam semua urusan, termasuk dalam urusan
perdagangan dan perniagaan. Syarikat atau organisasi yang bijak memanfaatkan segala
teknologi yang wujud dan merebut peluang yang datang akan dapat terus bersaing dan
mengukuhkan kedudukan mereka dalam persekitaran ekonomi yang bersifat kompetitif—
lebih-lebih lagi dalam era ekonomi digital. Industri penerbitan media—yang memberikan
sumbangan yang tidak terhingga nilainya kepada tamadun manusia—juga tidak ketinggalan
dalam memanfaatkan teknologi dan media baharu ini. Aktiviti pemasaran dan penyebaran
produk intelektual ini kini merentasi batasan geografi dan boleh dilakukan pada bila-bila
masa dengan bantuan media baharu ini. Memandangkan penggunaan Internet telah menjadi
kemestian masyarakat era globalisasi sehingga munculnya budaya siber, maka penggunaan
media baharu ini telah menjadi suatu kemestian atau trend dalam pelbagai organisasi dan
industri, termasuk penerbitan media. Makalah ini akan melihat dan membincangkan
penggunaan media baharu ini dalam kalangan pelaku industri penerbitan seperti penerbit,
penulis, dan pekedai buku di Malaysia dalam usaha untuk merapatkan jurang antara pelbagai
pihak, terutama dengan pengguna, di samping meluaskan pasaran mereka.
No comments:
Post a Comment